Syarat Syarat Pinjaman Rumah 100%

Article untuk syarat syarat pinjaman rumah yang boleh dapat 100% kalau nak diikutkan saya dah tulis dah setahun yang dulu. Memang buat pun pada bulan Januari 2023 juga. Tapi sekarang, Januari 2024 terpaksa rewrite semula sebab syarat yang saya tulis sebelum ini, sudah tidak relevant lagi.

Sebab? sebab lepas kerajaan Madani naik, skim rumah pertamaku sudah tidak ada lagi.

Saya tak pasti kenapa dimansuhkan, itu pun kalau dimansuhkan, atau pun memang terus stop terus. Atau pun kerajaan nak perkenalkan skim lain bila naik tahun 2024.

Tapi sekarang pun sudah Januari 2024, macam tiada apa apa lagi dengar skim baru.

Pengenalan

Dalam pertengahan tahun 2023 walaupun skim rumah pertamaku ini sudah stop, tapi masih ada lagi SJKP. SJKP ni kalau tidak silap saya adalah loan untuk orang yang buat bisnes.

Kiranya orang yang niaga burger, atau niaga air di pasar malam akan gunakan skim ni, SJKP.

Dan bila skim rumah pertama sudah tak boleh, SJKP ni macam diperlukan lagi kepenggunaannya supaya orang masih lagi boleh dapat 100%. Walaupun ratenya agak tinggi.

Apa apa pun, SJKP 100% ini pun sudah tamat juga, sejak November 2023 rasanya.

Saya tahu ni pun sebab ada kes rumah yang saya jual di Kulim. Duk tunggulah loan tak lepas lepas, rupanya kes itu jadi hold, sebab kuota SJKP sudah habis.

100% Loan Yang Ada

Tapi bukan sepenuhnya, buat masa sekarang, SJKP 100% masih lagi ada untuk 300K rumah kebawah. Kalau ke atas, memang tiada 100%.

Syaratnya macam biasa, macam lebih kurang point artikel dibawah ini juga, artikel yang dibawah ini adalah syarat syarat skim rumah pertama dulu, masih boleh lagi diguna pakai untuk beberapa point.

mesti pembeli rumah pertama

kalau anda pembeli rumah kedua sudah tak boleh. Hanya pembeli rumah pertama sahaja, andai kata anda joint loan dengan partner, si partner tadi pun mesti 1st home buyer juga. Tak boleh kalau partner yang joint loan tadi sudah pernah beli rumah.

dalam erti kata lain juga, partner tadi dah habis kuota dia untuk beli rumah pertama tu pada rumah sendiri. Maksudnya, jangan minta adek beradek yang joint loan. Payah nanti.

Sesuai kalau pasangan suami isteri, hampa pun nak duk sekali kan.

total gross income <5000

maksudnya pendapatan mesti bawah 5000 ringgit sebulan. kalau lebih, tak lepas dah. tapi kalau tengok kat website skimrumah pertama tu mesti keliru. sebab depa tulis 10000.

tak pasti kalau in future akan jadi 10000 atau 10000 yang dimaksudkan itu adalah bila joint loan totalnya jadi 10 ribu.

apa apa pun, perkongsian yang saya tulis ni adalah direct dari banker. saya pun dah tanya banker kenapa kat website srp tu 10K. dia cakap, mungkin akan terjadi juga, cuma apa yang dah sampai finalize pada bank ialah up to 5000 sahaja.

CCRIS mesti tiada tunggakan

CCRIS itu apa? CTOS itu apa?

CCRIS ini rekod kewangan kita yang berkaitan dengan bank atau institusi kewangan. Macam bank rakyat, cimb, rhb semua. Ptptn pun termasuk dalam ccris. Kalau ada tunggakan, memang tak boleh dapat loan 100%.

Ctos pula rekod nama kita selain daripada bank. Macam bil telco, unifi, kalau sudah ada rumah, cukai pintu, tanah semua termasuk dalam ctos.

rumah yang nak dibeli mesti bwah 300K

Kalau ikutkan skim rumah pertama dulu, mesti bawah 500K

Tapi buat masa sekarang, hanya ada 300K sahaja. Tapi ini pun tidak semua bank ya.

Baiklah, itu sahaja. Sebenarnya agak susahlah sikit kalau dah jadi macam ni. Harap kerajaan ada plan terbaru atau aktifkan semula skim rumah pertama.

Saya pun tak pasti kenapa skim rumah pertama diberhentikan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments