Semi D Louvre Gate Guarded

Louvre Residences, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

Key Details

Status
For Sale
Type
Corner

Overview

Pernah masuk taman ni tak? Louvre Residence. Saya dah masuk 4 kali rasanya. Masa mula mula taman ini dibuka untuk jualan. Masa tu, dalam hujung tahun 2018. Louvre Residence, Puteri Residence, dan Roseville Residence adalah house area yang saya kira perumahan yang paling kemas di Bandar Puteri Jaya.

Kalau tak percaya, nanti kita masuk masa viewing cuba anda bandingkan sendiri suasana di jalan utama Jalan Bukit Puteri dengan perumahan guarded di dalam Louvre Residence. Memang akan nampak beza, lagi pulak dengan jalan utama Jalan Bukit Puteri yang dah macam sungai tar bergelora.

Belum masuk perumahan gated and guarded club house Roseville lagi, dah macam di Europe. Walaupun saya sendiri belum pernah pergi. Tapi nak kata macam di europe juga, tapi harga memang lebih 100k to 150k banding dengan Louvre Residence.

So Roseville dan Louvre Residence memang kemas binaannya. Hasil projek daripada Developer OSK. OSK Property punya projek memang kebanyakan modern design, kalau tak silap Puteri Residence pun projek OSK juga.

Similar Properties

Leave a Reply

Your email address will not be published.