Saya bukanlah, penggemar Iphone. Dan bila guna iphone ni rasa macam hidup saya ni susah. Sebab saya kerap juga nak connect telefon dengan PC. Sebab nak transfer gambar, atau nak transfer note yang saya tulis dalam phone.
Tapi, tak sangka, rupanya blog saya ni ramai juga yang layari guna Iphone.
Artikel saya kali ni, lain sikit. Langsung tiada kena mengena dengan tips jual beli rumah. Tapi lebih kepada maklumat detail pasal perjalanan sebuah blog.
Kot la ada diantara pembaca ni yang berminat nak buat blog juga, maklumat yang saya ceritakan satu persatu dibawah ini nanti sangatlah penting. Supaya kita lebih faham akan pembaca blog kita ni, habitnya bagaimana!
Bila kita tahu, barulah lebih mudah untuk kami yang bergelar blogger ni nak plan contents nanti.
Hit Statistics
Statistic atas ini adalah jumlah pengunjung yang datang ke blog ini per day. Anggaran dalam 80 orang pembaca setiap hari. Apa beza visits dan visitors?
- Visitors – ini adalah jumlah unik pengunjung yang datang. Contohnya katakan ada 10 orang yang baca blog saya ni. Katakan 10 orang ini datang ke website saya, tengah pagi, petang, malam. Nampak macam dikira sebagai 3 orang, atau 3 visitors. Sebenarnya ia dikira sebagai 10 orang juga. Sebab IP detect pengunjung ini daripada devices yang sama.
- Visits – ok yang ini lain. Contoh visitors 1 orang datang, tapi dia klik page A, page B dan juga page C. total visits bukan lagi satu kalau visitors, tapi ia akan jadi 3x Itu sebab anda tengok visitors warna biru di atas akan lebih banyak dari jumlah visitors.
dari sini, sebagai blogger atau webmaster blog apa yang penting sangat kita tahu? kalau saya, saya rasa artikel atau kontent dalam artikel ini baguslah. Sebab satu satu orang yang datang ke blog ini, akan datang lagi sekali atau akan pergi ke artikel lain untuk mereka terus membaca.
dan kalau saya nampak, 80 visitors yang datang, dengan jumlah 80 visits juga. Bermaksud, saya tahulah, 80 orang tadi terus tinggalkan blog saya ini, tanpa baca artikel yang lain. Atau pun, 80 orang yang baca artikel saya belah pagi, tak jumlah dah 80 orang ini di website saya pada belah petang atau malam.
Search Engine
Seterusnya search engine referrals.
Data yang saya ambil dia atas ini adalah daripada Januari 2022 hingga ke bulan sekrang ni, 21 Januari 2023. Bila nampak menarik sejak Dec itu kira OK lah. Sebab selama ini saya malas nak focus. Tapi sekarang, tahun 2023 ini. Rasa tiba tiba rajin pula.
Harap saya teruskan semangat untuk berkongsi dalam blog ini, supaya blog ini lebih terus dikenali. gitu
Browsers
Korang tahu tak, sebenarnya website ini berubah design atau bentuknya atau saiznya mengikut browser? Maksudnya, kalau chrome lain, kalau mozila firefox mungkin lain sikit. Ada juga kes yang di chrome benda itu nampak, di browser lain kemungkinan tak nampak.
Ikutkan graph atas ni, 67% orang menggunakan chrome. Mungkin dalam 30% begitu yang menggunakan mozila. Ini pun indikator bagus juga, sebab memang saya duk guna chrome dan mozila je.
Tapi ini juga memberitahu kita, yang Malaysian dan bosan dengan Internet Explorer, zaman dulu punya browser. Bertukarlah ke chrome, sebab ia lebih laju.
Devices
Seterusnya, top devices pula. Kita dapat tengok, lebih 75% menggunakan dekstop, which is very good. Good pertama sebab ia tally dengan pandangan saya. Saya fikir, orang akan lebih banyak blog saya daripada dekstop, sebab kebanyakan orang yang mencari maklumat pasal jual beli rumah ini mesti dia bersungguh sungguh.
Bukanlah maksud saya guna phone tak sungguh sungguh pula. Cuma kalau kalau guna dekstop atau pc, atau laptop tu nampak lebih genuine.
Good kedua apa pula? lebih mudah untuk saya promote rumah kot. Sebab kalau anda view website property macam mudah, iproperty semua macam tak berapa kemas kalau dengan phone. Kalau dengan dekstop nampak lebih tersusun.
Device Models Pula
Ini yang saya katakan tadi.
Banyak betul guna Iphone. Sebenarnya, device yang pengunjung guna ini pun lebih kurang macam browsers saya cakap dia atas tadi juga. Rupa bentuk website ini, mungkin akan lain sikit bentuknya kalau anda view guna samsung atau pun iphone.
Mungkin juga ada function atau software yang saya gunakan dalam blog ini yang tak berfungsi dengan baik.
Kiranya disini, saya pun patut guna Iphone juga. Sebab sekarang saya guna Samsung.
Tapi tak apa, saya dah fikir awal awal dah, memang template website ini saya belanja mahal sikit untuk ia compatable dengan device lain.
Top 10 IP’s
Kalau ada yang teringat saya ada cakap pasal IP Address tadi inilah dianya.
No IP ini ibarat macam cap ibu jari bagi setiap devices yang kita guna. Dunia internet ini, sebenarnya connect menggunakan no IP. Dengan maklumat di atas, saya boleh tahu, kalau ada mana mana IP yang macam tak natural lawat blog saya.
Mungkin IP lain dalam 4 sahaja visits sehari, tapi satu IP ni sampai 200 300. So disini, saya tahulah IP itu membawa problem kepada blog saya. Akibatnya blog akan jadi slow, biasanya benda ni terjadi bila ada yang cuba nak hack blog ni.
Dan sebagai blogger atau webmaster, saya boleh terus cepat cepat block IP tersebut.
Gitu, sebenarnya shaffizanproperty.my pun adalah asalnya dari nombor nombor yang diselangi dengan titik.
mungkin 1122.221.212.2.
Tapi diperkenalkan juga nombor nombor ini diwakili orang nama nama macam Google.com, facebook.com semua supaya ia mudah orang ingat.
Top 10 Pages/Artikel
Seterunya pages atau artikel yang paling banyak dibaca dan dikunjungi di blog ini.
So anda dapat lihat, artikel berkenaan dengan nak batal loan paling banyak. Kedua homepages, dan ketiga pasal lambat beli rumah.
Sebagai orang punya blog, bagi saya indikator ini problem.
Sebab orang dah beli rumah > dia nak cancel > baru dia datang blog saya > tak best lah gitu.
Saya nak orang yang belum beli rumah, tapi baca blog saya dulu, biar saya kenalkan anda ni siapa saya, kenapa perlu pilih saya, kenapa perlu percaya saya, apa kelebihan dan ketelusan yang saya boleh buktikan.
Ini yang pentingkan, itulah tujuan saya buat blog pun.
Antara artikel yang bagus, yang saya fikir ramai orang baca sebelum mereka buat belian rumah dengan mana mana agent ialah:
proses jual beli rumah – ya artikel ini memang buktikan dia nak research dulu, ini yang paling utama.
agent hartanah kedah – keyword dan artikel ini saya dah ranking page pertama, tapi ranking no 4 rasanya. saya harap boleh dapat ranking no 1 secepat mungkin
agent hartanah penang – sekrang ni keyword ini saya ranking page kedua. harap boleh ranking cepat cepat juga no 1.
kalkulator pinjaman loan – tengokkan screenshot atas tu, ia ranking no 5. which is OK juga. cuma lagi bgus kalau artikel ini lebih banyak orang baca, sebab ini pun artikel atau isi kandungan yang membawa maksud dia belum beli rumah juga. mungkin dia saja saja nak buat research sendiri sebelum buat keputusan.
Dan macam macam lagilah, saya bagi overview sikit ja. apa apa pun, setiap artikel dalam blog ini, memang ada tujuan tersiratnya. Harap anda fahamlah ya, dah mencari punca rezeki saya pun kan.
Tapi artikel akibat batal loan itu pun OK juga, mungkin dia cancel sana, lepas beli dengan saya. haha
Top Referring
Top referring ini maksudnya, blog saya ni banyak orang datang dari mana.
Kat atas itu kita boleh tengok, google.com lebih banyak orang guna berbanding dengan google.com.my.
Sebenarnya, dunia internet ni kan. Kiranya dunia orang bermain blog dan teknik nak dapatkan pembeli dari website ini macam ada berselisih pendapat sikit kadang kadang. Mungkin ada yang fikir, buat apa kita nak focus google.com, kalau kita ni di Malaysia ada google.com.my
Perselihan pendapat ini terjadi sebab result ranking yang anda buat carian di google.com dan google.com.my akan slightly berbeza.
Bagi saya indicator ini OK, GOOD. Sebab saya sendiri monitor blog saya punya ranking keyword menggunakan google.com, berbanding dengan .com.my
Spam Server
site.ru yang anda boleh tengok diatas itu juga menandakan sesuatu. Site.ru ni maksudnya saya rasa daripada connection spam server dari Rusia. Apa ke jadahnya orang russia baca blog saya kan. So kat sini juga, boleh cepat cepat pasang firewall atau kalau kita biasa guna AVG atau Kaspersky untuk komputer kita daripada virus, blog macam saya punya ini pun ada software atau aplikasi khasnya.
Baiklah, itu sahaja ya.
Assalamu ‘alaykum.