Ada Yg Nak Buat Refinance Rumah

Saya sebenarnya baru lagi tahu ilmu ni, rasanya dalam 2 bulan lepas. So, tu yang baru bercadang nak mencuba cuba ni..

Baik lah, kalau salah, minta betulkan saya…

Refinance ni nak mudah faham nya, untuk membantu orang yg terlampau banyak hutang.. Dengan syarat, mesti ada rumah lah..

Contoh Situasi nya..

Gaji Ali tiap bulan 3500, dan komitmen tiap bulannya:

RM 750/sebulan ( RM 120 000 ) ➡️ rumah

RM 800/sebulan ( RM 30 000 ) ➡️ kereta

RM 150/sebulan ( RM 4500 ) ➡️ motor

RM 500/sebulan ( RM 9000 ) ➡️ personal loan

RM 340/sebulan ( RM 5000 ) ➡️ credit card

*yang dalam kurungan adalah total loan yang tinggal

 

Dan total komitmen bulanannya ialah :

750 + 800 + 150 + 500 + 340 = RM 2540

Dengan gaji RM 3500 tiap bulan, macam besar, tpi komitmen pun boleh tahan. Tinggal RM 960 sahaja sebulan.

Sakit juga tu kan kalau ada family..

So macam mana nak buat? jawapannya ialah refinance rumah.

Biasakan dengar, rumah makin lama harga makin naik?

So lebih kurang macam ni lah…

Saya akan check market value rumah anda, katakan dulu beli RM 150 000, yg kemungkinan dalam RM 750 sebulan.

Dan katakan sekarang, selepas 8 tahun, market value rumah anda yang dulu beli RM 150k tu sudah jadi RM 200k. So apa yg akan saya bantu buat ialah, kita akan proceed semula loan rumah yang baru untuk nilai RM 200 000, yg bulanannya dalam RM 1000.

 

Daripada loan approve yang dapat 200k pula akan tolak dengan jumlah loan yang tinggal, katakan dulu beli 150k, lepas 8 tahun sekarang, loan tinggal RM 120 000. Maka:

200k – 120k (andai kata pinjaman lama tinggal ni) = tinggal RM 80 000

dengan RM 80 000 dalam tangan ni lah membolehkan kita tolak loan loan yang berlambak tu.

sekarang ni, saya nak paste semula semua komitmen di atas di bawah.

 

RM 1000/sebulan ( RM 200 000 ) ➡️ loan rumah baru

RM 800/sebulan ( RM 30 000 ) ➡️ kereta

RM 150/sebulan ( RM 4500 ) ➡️ motor

RM 500/sebulan ( RM 9000 ) ➡️ personal loan

RM 340/sebulan ( RM 5000 ) ➡️ credit card

 

Perhatikan yang rumah tu saya da update kepada 1000 komitmen sebulan..

so katakan 80k tadi saya nak tolak kereta – motor- personal loan – credit card = $$$

80 000 – 30k – 4.5k – 9k – 5k = ada lagi RM 31 500 kan.

Selesai…

 

memang lah, komitmen baru rumah Ali ni tinggi, jadi RM 1000 pula sebulan. tahunan pun makin lama. Biasa buat loan rumah 30 tahun, dah setel kan 8 tahun, tapi terpaksa jadi lagi 30 tahun untuk total 200k tadi. Tapi ali yang nak makan tiap bulan sesak ni anda ada fikir?

Jum, kita sama sama tengok. berapa pula komitmen Ali sekarang..

 

rumah ➡️ RM 1000 ( 200 000 )

kereta ➡️ RM 800 ( SETEL )

motor ➡️ RM 150 ( SETEL )

personal loan ➡️ RM 500 ( SETEL )

credit card ➡️ RM 340 ( SETEL )

 

HANYA RM 1000 SEBULAN. Hebat kan refinance. Memang betul, loan rumah makin naik, tempoh byran pun makin panjang. tapi dari segi kos sara hidup tiap tiap bulan tu freedom tak?

RM 3500 – 1000 = ada RM 2500 sebulan

 

Disclaimer

Bila tulis atas kertas, memang nampak A kan. tambah lagi kalau lakonan tulisan saya atas ni. memang nampak amazing. tak apa, wasap sy dulu tengok, tak semua kes boleh bantu juga sebenarnya…

Rumah pun x semua naik harga..

Berminat nak refinance?

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments