Servis Promote Homestay!! |
Sebenarnya, saya tak pasti kalau kita boleh buat pinjaman untuk buat homestay. Sebab bila sebut pinjaman buat homestay, ibarat macam homestay itu belum pun dilaksanakan lagi.
Sebab, kalau nak diikutkan, memang kerajaan ada skim pinjaman untuk sektor pelancongan ni. Namanya, Pembiayaan Pelancongan Penjana atau PTF.
Pembiayaan Pelancongan Penjana PTF ni ibarat macam dia bagi kita personal loan bank, tapi pada kadar rate yang sangat rendah. Untuk kebiasaanya, personal loan rate dalam 7 – 10 percent. Tapi pinjaman under Penjana PTF ni hanya 3.5% sahaja.
Anda boleh apply di Bank yang saya senaraikan dibawah ini sahaja:
- Affin Islamic Bank Berhad;
- Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad;
- AmBank Islamic Berhad;
- Bank Islam Malaysia Berhad;
- Bank Muamalat Malaysia Berhad;
- Bank Simpanan Nasional;
- CIMB Islamic Bank Berhad;
- Hong Leong Bank Berhad;o Maybank Islamic Berhad;
- Public Bank Berhad;
- RHB Bank Berhad / RHB Islamic Berhad; dan
- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
(SME Bank).
Setiap bank juga akan ada pakej atau syarat pinjaman tersendiri. Seperti contoh Maybank, baru 1 2 minit sudah saya tanya pada bankernya. Syarat dengan Maybank ialah:
- daftar dengan MOTAC
- ssm dah 3 tahun
- income tax dah buat 2 tahun
Ada lagi syarat syarat lain, cuma yang saya nampak agak payah untuk kita follow untuk SSM dan Income Tax. Sebab lama juga, mana yang kita baru daftar atau baru nak buat homestay macam memang tak berpeluanglah dapat pinjaman jenis Penjana PTF ni.
Selesai berkenaan dengan pinjaman yang anda tak boleh buat homestay! 🙁
Rebate + Cashback
Jangan risau, kalau dah datang ke shaffizan property ni, saya akan cuba bagi beberapa penyelesian yang lain. Kalau anda datang ke blog saya, tapi masih lagi tak dapat apa apa, saya pun terasa hati juga ni.
So caranya kalau kita nak dapat untuk buat homestay, adalah dengan cari unit rumah baru yang ada cashback, atau pun rebate.
Macam projek yang saya tengah plan nak pergi Sabtu ni di Tanjung Rambutan.
Tapi saya tak sure lagi, nak beli ni, dan kalau beli, sama ada nak sewa atau pun nak buat homestay. Ikutkan, memang saya nak buat homestay, tapi saya sekarang stay di Taiping, macam jauh pula nak berulang alik cuci rumah.
Kalau nak upah orang, tak kan nak bayar RM 20. Kalau bayar RM 50, berapa pula yang saya boleh dapat untung, haha.
Tak apa, sabtu ni saya pergi dulu.
So berkenaan dengan ni cashback ni, macam rumah yang saya nak tengok ni, dia ada dua jenis cashback.
Satu, memang akan bagi 10%, dan 5% sebab bumi lot.
Rumah harga 283K, kalau 10%, saya boleh dapat 28K, tambah lagi 5%, 14K
Total boleh dapat 42K.
RM 42K ni ikutkan tak adalah banyak, macam yang saya kongsikan plan bisnes homestay yang sudah kalau nak selesa mengrenovate, mesti ada dalam 60K.
Tapi 42K pun bolehlah kalau nak setup, buat mana yang penting dahulu. Kemudian, kalau ada untung, bolehlah tambah.
Begitu..
Kalau anda nak cari project yang ada rebate, boleh contact saya. Tapi setakat ni, tak ada banyak sangat developer yang bagi rebate. Di Manjung ada lagi rasanya, untuk projek tanjung rambutan ni, bukan project agency saya join, saya boleh bagi contact agent tu kalau nak.
Itu sahaja, assalamualaikum