Saya bukan agent yang kejam. Jangan risau ya.
Tambah lagi kalau rumah yang saya jual tu low cost. Lagi la saya tak sampai hati nak guna ayat closing power nak close. So terpulang lah, kalau bajet anda begitu. Memang ini lah anda dapat ya.
Low cost, kekurangan utama nya yang saya perasan tanah atau jalan raya kat depan tu. Sempit nya lah.
Kereta pun boleh lepas 1 laluan ja.
Tapi tengok pada taman juga. Ada yang kalau low cost nya pun tapi luas juga. Ada satu perumahan di Kulim, low cost lah ni. Kecik nya jalan depan. Saya nak promote pun rasa ralat. Tapi lepas saya stop promote, tiba tiba agent lain pula close. haha
tak pe lah, mungkin bukan rezeki saya.
Ada juga satu kes, di Sungai Petani. Low cost juga, rumah RM 130k. Memang dah 20 tahun lebih rumah tu. So saya tanya terus terang kat buyer, ok dak rumah ni. Sebab kalau saya, memang saya rasa tak OK. kecik kan, tapi mungkin buyer tu pun tak nampak macam berkira sangat. Dia pun tahu bajet dia kat mana.
Sekarang ni masih lagi deal, harap ada rezeki saya untuk close juga rumah yang low cost di SP ni.
Kesimpulan nya, kalau rumah low cost, jangan la nak demand sangat. Dah memang itu yang kita boleh dapat, andai kata dapat corner lot kira dah bertuah sangat lah tu.