Sebenarnya kes ini normal. Saya yang baru buat property dalam tempoh 1 tahun ni pun pengalaman awal awal kes saya adalah yang macam ni. Owner cancel last minit, maka punah la harapan saya dan buyer.
Pernah dulu, saya nak jual satu rumah di Kulim. Owner dah setuju RM 420k, Buyer pun setuju, sebelum tu, jenuh lah saya ulang alik office gov JPPH satu ni. Sebab Buyer cikgu ni nak guna loan goverment. LPPSA
Punya lah berusaha saya, semangat nak dapat kes pertama. Petang tu, saya dah deal dengan buyer, untuk jumpa semula di rumah owner dan sign. Sebab buyer nak tengok semula. Tapi, alih alih, malam tu juga. Rasanya lagi 2 3 minit nak pukul 8, tiba tiba owner wasap dan cancel jualan.
Adoi..
Saya pun tak tahu nak kata apa.
Kalau ada alasan yang kukuh ok lagi, tapi alasan nya tak munasabah. Sebab anak marah tak nak pindah, takut tak leh focus SPM. Adoi, dah le anak dia tu duduk asrama. Tak jejas langsung la kan.
Saya pun akur lah, nak buat macam mana, duit orang kan.
Tapi, saya tahu sangat. Muslihat sebenarnya apa, sebab nak jual lagi mahal.
Selang setahun, dia contact saya semula dengan harga baru RM 480 000.
Saya dah agak dah dalam hati, tak pe lah. Kira proceed, buyer cikgu yang sama saya masih lagi simpan. Tapi tengah deal dengan rumah harga RM 520k. ( yang ni nanti saya cerita )
Cukup 2 bulan gitu. Rumah masih lagi tak terjual untuk owner yang nak jual RM 480k tadi. Saya faham, tanah dia luas, tapi, tanah luas pun, hanya ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. So berpada lah kalau nak jual tinggi pun. Market value pun rasanya RM 450k ja.
Sampai ke sudah, sampai la rumah dia tak terjual.
Sekarang kes rumah yang RM 520k tadi, kes ni buyer cikgu yang sama juga tau. So saya masih lagi simpan dan keep in touch lah kira nya. Dan berjaya jual lah ni, dah masuk booking. Tapi rumah yang deal dengan owner RM 520k ni pun cancel juga.
Sebab ada broker yang bawa masuk harga RM 550k. So melepas lagi sekali lah di situ.
Tapi itu lah, nak cerita yang rumah RM 550k ni dulu harga buka RM 590k, market value RM 550k. Saya dah cakap awal awal dah, rumah ni kalau jual RM 590k memang tak akan terjual.
Dan memang betul pun, lepas 1 bulan saya promote. baru owner turun jadi RM 550k. Dan selepas lebih 15x veiwing buyer saya buat, akhir nya jadi juga dekat cikgu ni tadi. Dengan harga RM 520k. Cikgu ni pun boleh tahan perangai nya, tak habis habis nak nego. Maka, terjual lah dengan RM 520k.
Tugas saya ta setel lagi ni, ini pun duk berulang kali keluar masuk JPPH gak ni. Sebab buyer tak nak sign SnP kalau loan tak lulus. Loan pula saya tak yakin akan lulus sebab plan renovation baru tak buat. Nak jadi cerita, lepas 1 bulan. Alhamdullillah LULUS.
Happy lah saya, tapi, tiba tiba owner hantar wasap. ‘SAYA NAK CANCEL SEBAB ADA BROKER MASUK 550K LOAN’
adoi…