Kes 1 – Owner senang, buyer senang, insyaAllah kerja akan jadi setel

Kita start dengan kes yang saya nak ingatkan pada Buyer dan Owner dulu na.

Ingat, jual rumah bukan macam jual goreng pisang. Beli kul 4 petang, pukul 4 petang dan 1 minit anda dah boleh dapat pisang goreng tu, pukul 4 petang dan 2 minit, goreng pisang tu dah masuk dalam mulut pun.

Sikit jam lagi, membuang lah tu.

Setel, itu kalau kes jual pisang goreng.

Pisang goreng ke goreng pisang!? Entah lah, malas nak padam atas tu.

Tapi itu lah cerita nya, PISANG GORENG! Cepat..

dapat.. terus ngap..

Tapi kalau rumah, bukan boleh fikir gitu.

Jadi minta harap nya bersabar, biar saya handle.

Jangan duk minta sesuatu yang mustahil untuk saya bagi. Saya sendiri pun nak handle kes supaya cepat selesai.

Sebab ini yang saya duk cari makan. Selagi kes tak selesai, selagi itulah saya kena follow up dan kejar lawyer, pejabat tanah semua untuk pastikan kes selesai dengan cepat.

Kami agent hartanah ni, memang la orang duk kata rezeki tu lebih. Tapi kami tak macam orang dapat gaji, sebab totally daripada komisen. Untuk agent hartanah ni dapat fully komisen nya, ambil masa lama. Kadang 2 bulan, 4 atau 5 bulan contoh nya. Saya pernah jual satu kondo di Penang, masa tu bulan 12, sampai sekarang bulan 9 masih lagi tak dapat komisen.

So saya sendiri nak cepat.

Jadi tak perlu lah ingatkan atau arah arah benda yang sama, walaupun dah tahu benda tu tak mungkin boleh.

Saya pernah deal dengan sorang owner yang setiap hari tanya, bila loan lulus, adoi. Payah juga macam ni.

Saya pun jadi bosan, kelulusan bank ni bukan nya gitu. Bukan nya pinjam Along Angah semua.

Lepas tu, duk tanya lagi, kalau lepas buyer booking ni, agak agak dalam 2 minggu Owner boleh dapat duit sepenuh nya tak? Adoi, saya dah terangkan dah awai awai Proses Jual Beli Rumah sebelum ni. Tapi benda ni buat saya terfikir, kalau lah semua kes jual rumah 2 minggu dah setel. Memang ramai orang buat jual rumah ni kan.

Tapi tak apa lah, mungkin keadaan urgent setiap orang tu berbeza, dan kes Owner ni, memang sebenarnya dia urgent.

Sebab nak guna duit untuk pembedahan semua.

Saya pun redo je lah, moral nya.

Tolong dengar apa yang saya cakap, supaya kira mudah kemudian hari. Jual rumah ambil masa 4 5 bulan. Jadi sepanjang bulan bulan ni kita akan saling hubungi menghubungi. Jadi, penting nya kalau 3 pihak ni bersefahaman, Owner, Buyer dan saya..

Saya pernah ada owner panggil untuk jual rumah dia di Kulim. Dia cakap, sebelum saya sudah jual rumah 3 bulan setel dah. Dan dia dengan bangganya cakap, memang setiap hari saya call lawyer.

Sebenarnya tak boleh macam tu. Setiap kes tak sama, kalau freehold lain, leasehold lain, kalau ada sekatan lain pula, sekatan itu pula kalau dari pejabat tanah ok lagi, kalau sekatan daripada SUK memang naya.

Tambah lagi SUK penang.

Lastnya saya cakap kat owner tu, Saya sendiri pun tak ada masa nak call lawyer tanya setiap hari.

End Up, owner tu bagi kat agent lain. So ok lah, tak pe lah macam tu. Yang penting kita sama sama clear dengan apa yang akan dapat nanti. Saya tak nak bagi janji palsu sebenarnya.

Jual rumah kalau loan bank 4 hingga 6 bulan

kalau LPPSA, 6 hingga 8 bulan. Itu pun bergantung kepada geran mcam mana. Sebab setiap kes tu lain. Lawyer pun bukannya satu kes kita sahaja dia buat.

Dalam kalau rumah bawah 300k, owner charge dalam RM 1800 sahaja untuk kos documentation lawyer.

Kalau bagi lawyer tu RM 50K untuk kes kita, boleh lah dia buat kes kita satu ja kot. kes lain tolak.

Saya mula kacau lawyer, bila kes dah nak hampir selesai. Contoh kalau bank, anggaran setel dalam 4 hingga 6 bulan.

Bulan 3 macam tu, baru saya tanya. Kira bila sudah hampir selesai.

Bukan nak backup lawyer, tapi cuma tak adil untuk kita salahkan lawyer sahaja. Sebab urusan depa ni melibatkan pihak lain juga.

begitu…

jangan terasa la noh.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments