So jenis jenis investment ni memang ada banyak. Apa yang saya tulis ni adalah ringkasannya dahulu. Nanti saya akan terangkan kemudian.
- kwsp
- asnb
- unit trust
- saham
- TH
- PRS
- Skill > Produk Digital
- Private Equity
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Rasanya semua dah tau kot apa benda ni. Satu jenis caruman yang wajib bagi setiap majikan sediakan untuk pekerjanya.
Kalau tidak, majikan ni boleh kena saman.
EPF itu apa pula? EPF ni bahasa inggerisnya. Iaitu Employee Provident Fund. So investment KWSP ni adalah pulangan yang paling sikit daripada banyak2 yang anda nampak tu.
Lebih kurang dalam 7% sahaja setahun. Tapi sangat berbaloi, sebab potongan majikan anda 12% setiap bulan, anda pula ada masukkan 11% atau 8% setiap bulan.
Saya sendiri, sebagai agent hartanah. rata rata saya tengok. Kalau orang tu gaji dalam RM 3000 ke RM 4000 sebulan, bila umur dia 30 tahun, akaun 2 mesti ada dalam RM 16K dan akaun 1 ada dalam 30K.
So total 46K dah baru bekerja dalam 6 tahun. Bayangkkan kalau anda tak usik sampai umur 55? Memang banyak juga.
ASNB
yang ni pula ada satu jenis investment saham yang kita pinjam dulu duit dan duit tu kita perlu bayar pula setiap bulan.