Contoh papan iklan homestay [ 6 contoh shopee ]

Servis Promote Homestay!!

Untuk contoh papan iklan homestay yang bagi saya menarikkan, adalah yang jenis segi empat sama, atau yang jenis memanjang ke bawah sikit.

lebih kurang yang macam ni.

Yang jenis ni nampak macam lebih style gitu, dan sememangnya lebih teguh sebab besi. Guna banner yang macam ni kalau ada kawasan tanah tepi atau rumah corner lot lagi memang nampak sesuai.

Ikutkan, boleh sahaja guna banner homestay standard macam bawah ni. Mungkin boleh letak di pagar. tapi jangan nampak besar sangat, macam tak cantik pula.

tapi saya tetap lebih prefer yang jenis banner homestay berdiri ni. nampak kemas. ni lagi ada satu option di shopee yang macam lebih murah sikit.

Anda boleh tanya sendiri kalau design yang tu adalah guna kain atau kertas banner juga, atau memang design yang melekat pada besi juga.

Atau yang ni, sesuai sangat kalau untuk rumah jenis intermediate. Sebab boleh letak di tembok rumah sahaja.

Kalau memang ada dinding yang luas dan tinggikan, sesuai juga kalau guna macam dalam gambar bawah ni. Memang sesuai untuk jadi tempat selfie tetamu ramai ramai. Boleh juga promote homestay kita secara tak langsung.

Kalau yang jenis bawah ni pun kemas juga. Tak semestinya intermediate sahaja, yang homestay jenis lain pun boleh guna.

Kenapa Banner Homestay di Penting?

Ya, memang tersangatlah penting. Dalam 20 teknik promosi homestay saya, salah satunya ialah promosi homestay menggunakan cara offline marketing ni. Kiranya kita letak banner di hadapan rumah.

Sangat penting.

Malahan, bila saya jual rumah ni pun, untuk dapatkan pembeli melalui banner rumah adalah cara yang paling utama selepas promosikan rumah di Mudah dan Facebook.

Ye lah, manalah tahu, depa ada saudara mara ka nak duduk datang sekali, atau nak buat kenduri ka, atau nak spare bilik untuk family datang ka. Memang kebanyakannya homestay ni pun, komuniti yang anda letak homestay itulah yang antara paling banyak membantu.

Itu sebab, penting untuk orang sekeliling, atau orang taman, atau orang kampung tahu yang anda tu sedang menjalankan homestay. Lagi bagus, kalau sebarkan flyers di serata rumah taman homestay anda tu supaya orang lain boleh tahu.

Design Yang Terbaik

Design banner yang terbaik, bagi saya ialah yang bagi tahu maklumat penuh, seperti anda letak detail di facebook pages atau di website homestay. Kiranya kita konsisten.

Kita letak detail penuh di facebook pages dengan harapan orang jelas, seperti maklumat, berpa bilik, setiap bilik ada aircond ke tak, berapa orang boleh muat sekali masuk.

Semua butiran ni bagi saya mesti dimasukkan. Cuma tak perlulah terlampau banyak sangat. Butiran seperti check in check out jap 3 and 12 tu tak perlu. deposit kena bagi dulu tak perlu, dan lain lain yang kemungkinan semua homestay adalah sama.

Untuk contoh design, saya pasti kedai yang design homestay tu ada beberapa design dari depa yang menarik untuk anda semak. Cuma takut depa charge lebihlah kan.

Atau pun, boleh guna sahaja contoh design banner daripada canva. Seperti yang saya snap macam dibawah ni.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments