Ciri Ciri Penyewa Rumah Yang Bagus

Saya ada buat artikel, berkenaan cara buat duit dengan rumah sewa sebelum ni. Dan bila tengah tulis tu, saya ada terfikir tips la pula untuk anda cari penyewa yang bagus.

Sebagai tuan rumah yang nak buat pelaburan hartanah. Memang sementara kita nak jual rumah tu, kita akan sewakan dahulu. Boleh juga bantu bantu untuk kita bayar installment rumah.

Cuma, itulah memang ada jenis penyewa yang liat sikit nak bayar, ataupun yang berlaku masalah tiba tiba seperti kena buang kerja dan sebagainya.

Sebelum saya pergi kepada kriteria yang penyewa ini bagus macam mana, saya ada beberapa kes unfortunate yang saya rasakan kesiannyalah dengan tuan rumah ni.

  1. kes rumah tak bayar sewa
  2. kes rumah 2 biji tak bayar bil api dan bil air
  3. kes rumah yang berlubang sana sini

No 3 tu paling saya geram tengok. Dia boleh buat suka hati je nak lubang mana mana. Kadang tu, benda simple macam frame pun beriya nak buat lubang.

Rumah sewa ni bang non oi, bukan rumah sendiri.

Ok, ciri ciri penyewa yang bagus

Pertama – Yang Boleh Bagi Deposit

Saya tahu, ramai penyewa yang bising. Kenapa sampai nak minta deposit, kita confirm bayar kot. Bila kata confirm bayar tu yang geram tu. Macam macam boleh jadi. Sebenarnya, bila penyewa mampu bagi deposit, itu bermakna dia mampu untuk anda saving sikit.

Bukannya kais sebulan, makan sebulan. Atau yang tak pandai jaga duit.

Kebiasaanya, 2 bulan sewa + sewa pun OK dah.

Kalau 3 bulan tu pun OK, tapi macam banyak sangat. Sian pula, anda nak ambil deposit bil api aiq pun OK, dalam RM 100 RM 100.

Kedua – Yang bekerja tetap

Ada satu kes di satu tempat ni, owner minta saya carikan penyewa yang kerja kerajaan sahaja. haha, memang orang maki saya kat facebook.

macam orang yang kerja swasta ni buat taik pula.

Maaflah ya, saya hanya menurut perintah. saya pun tak dapat apa apa pun promote tu hari tu, sekadar nak tolong sahaja.

bagi saya, kalau anda nak tanya komitmen penyewa pun OK juga. Biar kita tahu dia tak paras hidung sangat, barulah kita rasa yakin dia x miss.

Sebab kalau dia miss, kita tak boleh miss.

ketiga – komitmen OK

saya dah cakap hal komitmen ni di point kedua. yang cantik, anda bahagikan gaji dia dengan 3.

Contoh, gaji dia 3000, anda bahagi 3. So jadi RM 1000. kena pastikan dia atleast ada lebihan 1000 sebulan. Kalau sewa anda bawah 1000.

keempat – yang mematuhi syarat tenancy agreement

Saya ni, buat macam berprotokol sangat, nanti orang marah pula. Maaflah ya, sebab kita pun tak tahu apa akan jadi. Tenancy agreement ni penting dan kena buat. Jangan malas, berapa ringgit ja pun.

Ikut pada table yang LHDN bagi ya, untuk ratenya. Saya punya ada, tapi entah mana saya letak.

So dalam tenancy agrrment kena jelaslah kat penyewa.

  • apa akan jadi kalau tak bayar sewa
  • apa akan jadi kalau tiba2 bagi tahu nak keluar
  • apa akan jadi kalau tak bayar bil api dan air
  • jangan buat lubang sana sini.
  • kalau ada perabot, macam mana pula perjanjiannya.

Gitu lah.

Oh ya, anda sebagai owner, jangan lupa monitor bil api guna app tnb. bagus app tu.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments