Untuk yang baru nak beli rumah pertama ni, kelebihan yang saya boleh nampak adalah..
boleh buat loan 100%
Tapi dengan syarat gaji anda tak lebih 5000 dan ke atas. Atau pun terlalu 40 series. Sebab biasanya 40 dan ke atas ini memang perlukan 10%. So tak boleh dah nak buat 100%.
stamp duty
antara kos yang pembeli kena tanggung selain daripada kos lawyer fee bila beli rumah subsale ialah stamp duty. Stamp duty ni agak mahal juga, dan bergantung juga kepada harga rumah.
tapi untuk pemohon yang pertama, kerajaan dah bagi imbuhan untuk tidak perlu membayar stamo duty. Untuk 1st house sahajalah, kalau yang 2nd house, macam ada satu kes saya di Kulim.
Rumah itu berharga 350k, stamp dutynya RM 7000 juga.
Lawyer fee
Untuk lawyer fee, bagi kes subsale, ada juga lawyer yang boleh terima separuh bayaran lawyer dahulu kalau rumah pertama. Kalau rumah kedua, lawyer mungkin tak boleh dahulukan duit mereka sebab memang kosnya tinggi.
So anda yang 2nd house dan ke atas, mesti ready deposit.
Itu sahajalah yang nampak paling ketara, selebihnya cara beli rumah seperti biasa.
Anda boleh rujuk proses jual beli rumah ini.
Bank Promotion
Kebiasaannya bank bank memang akan ada buat promosi ataupun package untuk pembeli rumah pertama. Seperti contoh ada satu bank ni, akan bagi rebate RM 200 selama dua tahun.
Contoh dibawah dr BSN
Detail pembiayaan Perumahaan BSN(YHS) Financing Amount RM 240 000 MRTT. 11 300 Total 251 300Tenure 32 tahun Monthly 1&2 yrs. 903.80 Tafter. 1103.08 Rate. 3.7% |
So kes ni saya hantar ke BSN untuk rumah di Padang Serai, Kedah. Cikgu itu memang dapat 2 tahun rebate. So sepatutnya bayar RM 1103.08, tapi hanya perlu bayar RM 903.80 sebulan.
Sempatlah naik gaji dua kali kan, rasanya government ni paling kurang naik RM 250 juga setahun.
So saya sebagai agent, memang alert kalau pakej pakej bank ni. Memang depa akan bagi tahu juga kadang kadang.
Skim Rumah Pertama
Skim ni memang popular, ramai orang duk cari juga.
So skim rumah pertama memang ada, tapi tak semua. Tambah lagi kalau kes rumah subsale. Ikutkan apa yang ditulis dalam website skim rumah pertama tu, dapat buat financing up to 110 percent.
dan tak perlu bayar booking apa apa.
bagi saya, dua dua ni macam ntah apa apa. 110% loan financing, mksudnya buat loan lebih jelah tu. Anda still kena bayar.
booking deposit tu pun sama, sebagai tanda setuju memang developer akan minta sikit, dalam 500 atau 1000 gitew. Dan kalau untuk kes subsale pula, memang owner akan minta untuk dia pindah barang, panggil lori ke apa.
Apa apa pun, boleh lah bertanya dahulu, mungkin boleh dikurangkan. Tapi memang tetap akan minta.
Tapi ada juga kes rumah baru yang tak perlukan deposit.
Begitu..
Ada soalan?