Gaji kecil tu sekecil mana? Sekecil kancil? atau gaji seribu ringgit sebulan?
Tak boleh.
Kalau nak beli rumah, paling rendah mesti bersih RM 2000. Itu pun kalau komitmen anda tak lebih 50%.
Kalau kurang daripada RM 2000, memang bank akan minta orang lain yang boleh joint loan.
Kalau gaji RM 2000, berapa harga rumah boleh dapat?
Macam saya cakap tadi, tengok pada komitmen juga.
Cuma kalau hantam kira, lebih kurang dalam 180K, 200K max pun boleh cuba juga. Kalau tak lulus, saya akan full refund deposit.
Paling selamat, cari rumah yang dalam RM 160K, insyaAllah lulus kalau rekod ccris dan ctos cantik.