Beli rumah dapat cashback ni hanya pada rumah undercon/rumah baru sahaja. Kalau rumah subsale tu nampak macam mustahillah nak dapat.
Kecuali kalau beli rumah markup loan.
Sebut pasal projek undercon sahaja dari tadi, lupa nak promote. Dah join group telegram undercon saya ? @ShaffizanProperty.MY. Saya akan update projek rumah baru area utara sahaja. Kedah dan Penang.
Dan juga tips tips hartanah. |
Tapi sebenarnya cashback yang kita dapat dengan developer ini pun lebih kurang macam markup juga. Anda beli rumah harga 300K, developer bagi loan lulus sampai RM 330K.
So dapat balik 30K, dengan selamba developer cakap anda dapat cashback 30K.
Cashback apa ke jadah bila anda bayar bulan bulan?
Pendek cerita kena faham betul betul, bagi saya sendirilah. Cashback ini ialah pulangan duit yang kita dapat selepas pembelian rumah.
Tapi kalau anda beli, dan anda letak loan lebih daripada harga rumah, bagi saya itu bukan cashback. Itu cashbank, atau cash from bank yang anda bayar pula balik + interest.
Tapi bukan satu masalah pun. Jangan fikir kalau developer buat macam itu macam satu masalah pula, sebab atas kita juga kalau nak buat loan 300K atau 330K.
Tapi memang ada tau, developer yang buat rumah di Kubang Semang yang betul betul bagi cashback ini. Cashbank yang sebenar, yang kita tak markup loan pun tapi duit cashback tetap dapat.
Saya lupa dah nama developer tu. Baru dengar cerita dari satu owner dua bulan lepas, sebab saya jual rumah dia di Kubang Semang, Penang itu.
Dia terpaksa jual sebab, dapat tawaran pindah kerja ke Selangor.
Jenis Jenis Cashback
Apa yang saya perasan, cashback ini memang atas developer.
Kalau developer macam Teguh Harian, GPC Developement dan banyak lagi yang banyak buat projek di Utara ni memang tawarkan macam yang saya cakap di atas tadi.
Setiap rumah yang dijual adalah dibawah 10% daripada harga pasaran.
Makna kata, harga jualan rumah oleh developer ialah 300k. Tapi sebabkan anda nak markup, mungkin juga nak bayar duit lawyer fee, mungkin kena buat loan 330K andai kata tak cukup duit EPF atau cash untuk cover.
Tambah lagi time covid inikan, memang kita semua duk guna saja duit EPF tu.
So sangat bergantung kepada developer, ada yang boleh skip bayar lawyer fee, ada yang minta bayar MOT sahaja. Ada yang skip bayar lawyer fee, sampai stamp duty yang anda sudah ada rumah pertama pun developer akan tanggung.
Pendek kata, lain developer, lain dia punya pakejnya. Dan saya perasan juga, pakej ini hanya berubah disebabkan developer sahaja. Bukan taman atau projek yang mereka buat.
Maksud saya, kalau developer A ini memang pakej beli rumahnya sekian sekian di projek A. Nanti bila dia buka taman lain di Projek B dan C pun akan sama juga.
Berapa Banyak CashBack Dapat
Kalau projek harga yang dibawah RM 500K.
Kebiasaannya akan dapat up to 10% sahaja. Ada juga projek yang untuk bumi lot akan dapat lagi 5% cashback. Bermaksud total anda dapat 15% cashbank.
Sebut pasal projek undercon sahaja dari tadi, lupa nak promote. Dah join group telegram undercon saya ? @ShaffizanProperty.MY. Saya akan update projek rumah baru area utara sahaja. Kedah dan Penang.
Dan juga tips tips hartanah. |
Kalau projek high end memang dapat cashback. Antaranya satu projek yang saya berjaya juga jual 2018 dulu. Masa tu, tahun pertama saya jadi agent hartanah.
Projek tu terletak di Pauh Jaya, Condo Evoke Residence.
Saya dah lupa projek Evoke ini bagi cashback berapa. Tapi developernya nama UdaLand. Dan kalau tak silap saya, kebanyakan projek daripada developer Uda ini memang ada cashback.
Begitulah ceritanya…
Summary
Yang penting, kena faham. Adakah cashback ni betul betul cashback yang developer bagi atau aku kena buat loan lebih?
Kalau memang kena buat loan lebih? nyatakan keperluan atau saja saja.
nak duit untuk masuk rumah? wiring, perabot..
nak duit untuk bayar lawyer fee sebab developer tak bagi?
nak duit sebab duit EPF dah habis sebab covid?
Atau anda ada duit sikit, dalam 10K. Boleh dah belanja rumah untuk wiring dalam 5k. Perabot pun dah ada. So tak perlulah cashback.
Boleh guna calculator monthly installment yang saya sediakan ini untuk anda kira, berapa beza bulanan yang anda ambil cashback dengan yang tidak.
As salam.. nak bertanya, duit cashback ni dapat waktu bila? Adakah sejurus loan approve atau sebulan atau setahun atau bagaimana?
eh ni yang wasap saya hari tu ya. maaf ler, notification new comment ni saya tak berapa monitor sangat. so kalau apa apa nak cepat wasap ya.
untuk soalan ni.
bergantung kepada developer, sama ada:
1. selepas snp
2. selepas disburse
kebiasaannya, selepas disburse. disburse tu maksudnya jumlah loan yang anda apply di bank mahupun lppsa untuk gov employee sudah pun masuk ke dalam akaun developer.