Bank Mudah Lulus – Antara Bank Yang Saya Biasa Submit!!

Minta maaf, kalau nak diikutkan saya tak boleh nak share jenis bank apa yang saya biasa submit. Sebab policy mungkin akan berbeza setelah sekian masa. Dan juga takut kalau ada salah faham berlaku.

Nanti jadi masalah pula pada agent lain atau saya sendiri.

Sebab, biasalah pembeli, kalau kita A, maka dia akan fikir A tu akan berlaku dan terjadi sampai kiamat. Sedangkan pakej, dan syarat syarat bank ni akan berbeza mengikut satu satu masa. Tambah lagi bila kerajaan mula bertukar pimpinan.

Lagilah akan jadi lain.

Sebelum saya senaraikan antara beberapa bank yang saya biasa submit, nak bagi tahu juga.
Yang kelulusan bank ni sangat bergantung kepada profile kewangan si pemohon. Sebab tak semua bank mudah lulus untuk semua orang.

Kita kena tallykan dulu, profile kewangan siapa yang sesuai untuk satu satu bank. Lepas tu, baru kita tengok pada pakej bank yang kita boleh dapat.

Ini kesilapan saya yang dulu.

Sebab saya asyik hantar bank yang sama sahaja. Kalau lulus, OK lah. Kalau tak lulus, tak semestinya bank lain pun tak lulus.
Dan kalau lulus pun, kemungkinan bank lain ada offer atau pakej best yang buatkan pembeli suka.

So masing masing ada pro dan kontranya.

Dan antara bank yang saya sumit ialah:

Maybank

Maybank ni bagi saya mudah. Kita pinjam 450K, insyaAllah besar kemungkinan 450K jugalah yang akan lulus. Ada satu bank ni, tak naklah saya mention bank yang mana.
Kalau kita nak pinjam 400K, kadang loan tu jadi 350K, kadang jadi 380K.

Selalu sangat tak dapat penuh, kadang tu dapat 90% sahaja. Saya hantar 2 3 kali juga dah. Tapi masalah yang sama tetap berlaku. Dan bila ini terjadi, memang saya hntar terus maybank.

Memanglah Maybank boleh lepas, tapi saya dah buang masa 2 atau 3 minggu juga sebab hantar bank yang tak bagi lepas penuh tadi.

So Maybank adalah piihan utama saya. Maybank juga antara interest rate yang terbaik juga di antara bank bank yang lain.

Siapa yang layak untuk Maybank?

Biasanya kalau profile kewangan client itu cantik memang saya pilih Maybank. Sebab Maybank ni macam straight sikit. Kalau macam cukup cukup makan, better tak payah hantar terus. Tapi kalau lebihan duit NDInya banyak. Atau DSRnya kecil, client pun memang sudah ada saving dengan Maybank, ada juga duit simpanan dalam Maybank.

Mungkin gaji dia pun masuk Maybank. Mungkin juga client ada loan kereta yang dibayar cantik, siap ada lagi investment ASB. Sebab ASB ni saya perasan bank suka, dan lebih mudah nak bagi lulus.

PTPTN pun tiada masalah. Kalau semua semua faktor ini ada pada pembeli tu, memang saya akan terus hantar Maybank. Maybank ni pun cepat, biasa kalau kelayakan cantik, 3 4 hari pun kita dah dapat tahu kelulusan.

Public Bank

Time kita covid hari dulukan. Dalam tahun 2019, 2020, 2021 yang paling nampak ketara. Public Banklah yang bagi interest rate yang paling rendah.

Kedua, mungkin Maybank. Atau antara Maybank dengan Public juga.

So public ni, kalau nak interest rate yang paling cantik memang sesuailah.

Tapi macam biasa, tak semua orang bleh submit kat Public. Kalau yang faktor faktor di Maybank tadi anda rasakan ianya macam straight.

Kalau di Public, lagi straight.

Siapa yang layak untuk Public Bank?

Di Public Bank juga, saya tak akan hantar kalau nak loan 100%. Sebab pengalaman saya, macam susah nak dapat.

Bermaksud, anda mesti ada 10%, baru saya akan submit lagi 90% di Public Bank.

CIMB

CIMB ni adalah bank favourite saya. Sebab senang kerja. Banker yang deal dengan saya tu pun kerjanya laju berdesup.

Buatkan saya lagi suka dengan CIMB ni.

CIMB juga best, sebab kalau kita sudah check market value dapat 400K, insyaAllah nanti loan akan dapat 400K juga.

Dari segi interest rate, tak adalah seperti Maybank dan Public. Ada beza sikit dalam 0.3 atau 0.5 macam tu.

Tapi kalau kita bezakan interest rate 0.5 antara CIMB dan Maybank, tak adalah banyak beza mana.

Lagipun kalau di Maybank kita mungkin tak lulus langsung.

Siapa yang layak untuk CIMB?

CIMB ni, kalau macam sipi sipi punya profile kewangan, saya akan hantar lagi. Sebab insyaAllah macam boleh lepas lagi.

Tapi kalau nak buat 100% loan, CIMB sangat straight dengan PTPTN. Kalau ada tertangguh better tak payah apply terus untuk loan 100%.

Sebab confirm tak lepas. Memang dah jadi policy mereka, bukannya kadang kadang lepas, kadang kadang tak lepas dah.

Tapikan CIMB ni ada satu hal yang banyak client tak gemar, termasuk dengan saya sendiri juga.

CIMB ni ada kos untuk insurance kebakaran. Insurance kebakaran ni memang tak termasuk dalam pinjaman kita. Maksudnya kita kena bayar asing tiap tiap bulan.

Memang CIMB minta kita ambil juga. Kalau di Bank lain ikut suka. Tapi CIMB tak. Cuma kelebihan yang tadilah, ia lebih mudah nak lepas.

BSN

BSN ni saya jarang submit. Tapi game dia lebih kurang macam CIMB juga. Dari segi interest rate pun lebih kurang sama.

Tapi BSN ni ada pakej menarik.

Saya tak pasti kalau sekarang ni ada lagi atau tidak. Pakej tu menarik sebab BSN macam bagi rebate lagi RM 200 setiap bulan, selama 2 tahun.

Kiranya, katakan anda buat pinjaman rumah untuk 200K dengan installment 1000 sebulan.

Anda hanya bayar 800 sahaja. Sebab lagi 200, akan dapat rebate dari BSN. Tapi up to 2 tahun sahaja tau.

Bolehlah, kalau kita nak tunggu lagi 2 tahun kenaikan gaji.

BSN pun best submit sebenarnya, sebab kakak banker yang deal dengan saya tu laju juga buat kerja.

Bank Islam

Memang ada client yang prefer saya submit Bank Islam. Saya OK kan ajer.

Kalau dari segi interest rate, macam level level CIMB BSN juga.

Tapi saya tak rasa boleh serendah Maybank atau Public.

Bank Islam ni juga antara bank yang laju proses tukar hak milik. Lawyer yang saya biasa submit kes pun cakap benda yang sama.

Siapa Yang Layak?

Bank Islam ni kan, kalau anda kerja goverment lagi best. Sebab 1st rumah memang 100%, tapi second rumah pun akan dapat loan 100%. Sedangkan bank lain semua 90% untuk rumah yang kedua.

Ambank

Rasanya yang ni last.

Siapa Yang Layak?

Siapa yang layak untuk submit ke Ambank ialah siapa yang tak layak submit ke CIMB, BSN dan lain lain.

Mudah cerita, lepas anda pusing satu Malaysia nak submit loan. Semua tak lepas, submitlah kat Ambank.

Confirm lepas. haha.

Dan berlaku pada saya berapa kali dah. Tapi kena ada kira kira juga ya, bukanlah semua boleh lepas.

Tapi macam biasa, kalau mudah lulus ni, adalah bahanya juga.

Sebab Ambank ni interest agak scary juga. Dan kalau tadi saya kata Bank Islam proses tukar hak milik paling cepat, Ambank pula yang paling lambat.

Jenuh tunggu. Pening dah saya nak bagi alasan apa kat pembeli dan penjual.

Nak buat macam mana, itu ja yang boleh lepas.

Bank Rakyat

Tambah lagi satulah, Bank Rakyat. Bank Rakyat ni dahsyat tau, kalau anda pergi ke banknya pun akan terasa dahsyatnya.

Sebab staf bank rakyat ni semuanya segak segak.

Termasuk dengan banker yang saya deal ni juga. Lemah suami orang ni tengok.

Siapa Yang Layak?

Dari segi keboleh lulusan, Bank Rakyat ni macam level CIMB juga. Tapi kalau anda punya income dah lebih 5000, tapi masih lagi nak loan 100%, boleh cuba Bank Rakyat.

Itupun kalau masih ada pakejnya. Saya first dan last submit guna pakej ni tahun 2020 kot.

Kalau bank lain, untuk basic 5000 memang tak boleh dah nak 100% loan. Boleh dapat 90% sahaja. Tapi kalau Bank Rakyat ni boleh lagi.

Tapi macam biasa, interest rate agak tinggi sedikit.

Gitulah ceritanya..

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments