Apakah Itu Market Value Rumah

Ok, setiap property, atau pun hartanah memang ada value atau harganya sendiri. Yang akan berubah mengikut masa.

Property value ni ikut kepada 2 point utama:

  • Persekitaran rumah tu, ramai orang ke, tempat tumpuan ke
  • Dan kedua, apa yang terjadi pada rumah tu, renovation ke, ada kitchen cabinet ke, saiz sqft, built up nya ka…

Bila saya cakap hartanah, bukan rumah sahaja ya,

  • Rumah kedai / commericial / shop lot
  • Tanah / bendang
  • Pam minyak ke
  • Shopping complex pun boleh dikira sebagai hartanah juga.

Harga, atau market value untuk setiap property ni sangat penting. SEBAB JUMLAH INI LAH YANG AKAN JADI VALUE MAXIMUM UNTUK BUAT LOAN NANTI.

So ingat ya, berapa banyak pinjaman rumah yang boleh dibuat bukan bergantung kepada anda layak berapa, tapi berapa harga market value property tu sendiri. Tak kesah lah, kalau gaji anda besar, bila kira kelayakan DSR nya boleh pergi sampai RM 500 000. tapi sebabkan market value rumah tu hanya RM 350 000. Maka yang loan lulus nanti pun boleh pergi sampai RM 350 000 sahaja.

Saya banyak dapat kes yang Owner letak harga lebih dari Market Value. Yang memang buatkan saya susah nak cari buyer.

Buyer sekarang sudah cerdik, diorang pun sudah pandai check sendiri dan tak suka beli rumah lebih market value.

Itu sebab, bila saya jumpa owner yang nak jual rumah. Saya selalu tekan kan yang harga ni sebenarnya ada 3 jenis:

  1. Harga yang owner nak letak
  2. Market value
  3. Market demand.

Jadi masalah, kalau owner letak harga RM 400k, tapi market value RM 350k, mana buyer nak cekau untuk topup lagi 50k? Loan pun boleh sampai RM 350k sahaja. Nak bayar lawyer fee lagi dah berapa.

Tapi, kalau owner nak jual RM 350k dan market value nya RM 350k pun tak guna juga kalau market demand nya RM 300k. hah gitu.

Market demand ni macam harga yang dah biasa orang kawasan tu beli, atau kebanyakan owner lain letak harga. Kalau di mudah.my tu, contoh di Padang Serai, Kedah. Kebanyakan terrece harga RM 200k, tiba tiba ada satu harga sesat jadi RM 230k, agak agak buyer nak tengok dak? Tak mungkin.

So itu penting nya market value, dan market demand. Kalau owner letak harga lebih memang saya sendiri sudah nak ambil. Malas nak jual rumah untuk kes yang macam ni.

Maaf na, oh ya check market value adalah antara servis yang saya buat dari blog ni, anda boleh rujuk about page saya.

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments