Kecik hati pula saya baca article daripada Wikipedia yang mengatakan Ketuanan Melayu itu adalah idelogi politik yang orang Melayu kononnya….
Perkataan kononnya yang buat lagi tambah sakit hati tu.
Dengan penuh rasa mental dan koyak, saya pun terpaksalah tulis artikel ni supaya bangsa kita terus terdidik. Nanti artikel di wikipedia tu saya nak edit, nak tengok boleh kekal tak. Sebab bangla mana yang tulis entah.
So, mengikut Puan Zaharah Sulaiman, Ahli Persatuan Arkeologi Malaysia, ketuanan melayu ialah hak mutlak atau hak asal seperti juga yang berlaku di China, dan juga India. Dan juga bangsa negara lain lain lagi. Setiap bangsa di bumi Allah dah sediakan mereka satu kawasan tanah, dan satu kawasan yang penuh dengan bangsa dia, dan kalau tak silap saya, semua bangsa dan ketuanan setiap bangsa ni tadi ada juga negara mereka sendiri, kecuali ada beberapa negara.
Seperti Kurdish, Palestine, dan Melayu Patani juga.
Yang lain semua ada ketuananya sendiri, dan negaranya sendiri.
Seperti
- Ketuanan Chinese, di China
- Ketuanan Indian, di India
- Ketuanan Orang Putih, di Europe
- Ketuanan Japanese, Korean, Brazilian
Semuanya ada tempat mereka masing masing.
Tapi dan bila namanya Ketuanan Melayu, ada pula yang kata KONON pula. Jangan sampai jadi macam Singapore sudah.
Eh, hari saya ada jumpa comment.
Ada orang melayu kagum dengan Singapore, walaupun negara itu maju bla bla, tapi masih mengekalkan nama nama melayu seperti nama jalan dan nama tempat sebagainya. Dalam hati saya, alamak sedihnya otak macam tu.
APA GUNA KALAU NAMA JE ADA, ORANGNYA DAH TAK ADA!!