Masih Mencari Ejen Jual Rumah?
Menjadi agent hartanah sebenarnya adalah impian saya sejak 2014 lagi rasanya. Masa tu saya fikir, apakah cara nak buat duit yang komisennya besar. Sebab saya ni memang jenis jual barang online, dulu tahun 2010 memang duk sibuk jual barang di amazon. Masa ni, lazada dan shopee tak ada lagi.
So bila jual barang di Amazon, ok juga. ada juga conversion, cuma tak banyak, dalam 20 ringgit untuk satu item. Macam macam jual, seluar jeans Levis, bantal mengandung pun ada. Saya juga pernah cuba jual ebook, panduan solar panel.
Tapi sampai satu masa, saya fikir, apakah produk lain yang bila saya jual 1 sahaja tapi dapat lebih? Maka disitulah terdetik untuk jadi agent hartanah. Tapi saya cepat cepat batalkan sebab ingatkan orang yang kelulusan bidang hartanah sahaja boleh jadi agent.
Saya pun jadi takut dan malas pula sebab kena ambil lesen semua.
Sampailah pada tahun 2018, hati saya terbuka dan nak tanya juga. Boleh atau tidak saya jadi agent, alhamdullillah response baik. Dan sekarang, tahun 2023 genap dah 5 tahun saya jadi agent hartanah di Kedah. Umur saya sekarang pun dah 35.
5 masalah utama pembeli dan penjual!!!
Focus area saya ialah di seluruh kawasan Penang, selatan Kedah, daripada Sungai Petani ke bawah, dan Utara Perak, dari kampung saya Simpang Pulai ke atas.
Condo Evoke Residences, Bukit Mertajam
Antara kes yang saya paling ingat, sebab ini adalah jualan pertama saya sejak menjadi agent hartanah, December 2018.
Teres Taman Sepadu, Tasek Gelugor
Rasanya ini kes pertama saya yang cecah 1 tahun baru setel. Disebabkan ada consent dr SUK. Lagi pula kes ini berjalan masa tengah covid. Memang lama.
Mujur pembeli pun penyabar orangnya, atau pun mungkin terpaksa sabar. Masa ni memang nak uruskan rumah belah Penang ambil masa yang lama, banding dengan Kedah. Lagi pula, area yang berdekatan dengan Perai ni banyak property yang geran ada consent.
Double Storey Kulim Utama
Saya langsung tak pernah jumpa owner rumah ni. Owner stay di Sarawak, saya uruskan proses jual belinya dari Kedah. Kes ni antara yang paling lama, follow up sampai 2 tahun untuk selesai. Harap saya dapat lagi rumah type ini di Kulim. Memang senang jual.
Nak uruskan jual rumah ni agak berliku juga, sebab pembeli dah bagi deposit yang banyak juga pada penjual sendiri. Saya dah bagi tahu owner, biar saya uruskan dari awal, biar nampak transaksi tu dari lawyer > baru masuk owner. Tapi mungkin agaknya dia urgent sangat. Buyer pun boleh percaya, mujur tiada apa masalah songlap berlaku.
Nih, saya nak ingatkan semua, walaupun owner tu bg IC, bagi alamat rumah, kita kenal family dia semua, ia masih lagi tak menjanjikan duit kita akan dapat balik tau. Kalau tak percaya, anda tawarkan kena scam 5 ribu ja, kalau pergi balai polis, dia akan cakap dulu ‘ duit memang tak akan dapat semua’.
So tak payahlah harap sangat kita macam selamat sebab tahu butiran dia semua. Tapi kes ni, alhamdullillah berjalan dengan lancar.
1.5 Storey Taman Insaniah, Kuala Ketil
Dulu owner buat sewa ikut kepala untuk student Unishams. Tapi lepas covid, sewa pun tak berapa cantik sebab student Unishams balik rumah. Owner decide untuk jual dan gunakan hasil daripada jualan rumah ini untuk buat rumah di tanah sendiri di Alor Setar.
Tapi akhirnya, saya dapat jual rumah ni dekat pembeli yang nak buat sewa juga. Masa tu pun covid dah reda sikit, so student Unishams memang akan ada.
Tmn Serai Wangi, Padang Serai
Kes ni pun berlaku time covid teruk juga. Proses sangat slow, biasanya pembeli akan bayar 1 atau 2 bulan sahaja installment dan dapat kunci,
Tapi pembeli ni, terpaksa tunggu sampai 3x bayar installment. Pembeli perempuan, so dia tak pun macam tak keras sangat. Tapi kalau keras pun, saya pun memang tak boleh buat apa. Sebab memang time covid tu banyak kes yang slow.
Tapi sekarang setel lama dah. Alhamdullillah. Pembeli ni best, sebab dia jaga profile kewangan dia, so loan dia memang mudah lulus.
Ikutkan pembeli ni book rumah lain, tapi owner rumah tu tak jadi jual pula. Padahal loan dah lulus, dan dah sign letter offer semua. Mujur ada unit lagi satu.
Teres KTC 1, Kulim
Antara kes yang paling clean sepanjang saya jadi agent hartanah. Rumah di Kulim ni memang tak payah kalut, sebab permintaan terlampau banyak. Nak pula rumah ni dijual below 300K. Saya jual dua unit dah area sini.
Owner rumah ni pencen dah. Dia tak tutup pun lagi akaun api dengan air dia. Nanti saya akan tutupkan dalam bulan june 2023 ni.
Double Storey Tmn Mengkuang Jaya, Kubang Semang
Saya ada 2 kes rumah taman ni. Satu sebab owner komitmen tinggi, so dia terpaksa minta saya jualkan. Satu lagi, sebab owner terpaksa pindah ke KL. Dua dua kes, dapat pembeli dalam tempoh kurang 2 minggu.
Untuk pengetahuan anda juga, area sini saya banyak betul dapat contact student nak sewa. Kalau ada rasa nak invest tu, area sini memang cantiklah kalau nak focus untuk student.
Semi D Tmn Keladi, Sungai Petani
Ini lagi kes jarak jauh, owner stay di Sepang rasanya. Tapi nak jual rumah di Sungai Petani. Saya jualkan kepada pasangan muda yang baru berkahwin sebulan. Owner datang untuk signing SnP sahaja.
Sebenarnya, boleh ja owner sign di Selangor sebab ada cawangan lawyer saya di sana. Tapi dia saja gatai balik sebab boring duk rumah, sebab time ni covid teruk juga. Dia saje nak merentas negeri.
Unit ni senang jual, sebab owner jual below market value, dan paling rare, jarang sangat rumah yang dah 20 tahun bina kemas macam Semi D Tmn Keladi ni. Mungkin itu sebab senang jual, dan juga dekat dengan Highway SP Selatan.
Semi D, KTC 4, Kulim Hi Tech
Rumah Semi D yang saya jual di Kulim Hi Tech ni adalah yang fully reno punya. Sudah extend apa semua. Yang gambar anda tengok ni adalah unit yang jenis basic, saya cari di online sahaja.
Rumah KTC, kalau jual memang tak ambil masa yang lama. Rumah ni pun saya dapat jual dalam 1 bulan sahaja. Tapi ada problem sikit dengan kes rumah ni, sebab penjual tak dapat nak guna duit. Sebab nama ada yang masuk dalam geran tu masih lagi di bawah 18 tahun. So kena tunggu depa 18 tahun dahulu, baru akan dapat duit itu.
Teres KTC2, Kulim
Saya ingat kes ni sampai bila bila, sebab ada benda yang saya baru belajar, walaupun selepas 1 tahun lebih juga pengalaman jadi agent hartanah masa saya uruskan kes rumah ni.
Apa yang berlaku, pembeli punya insurance MRTT tak cover penuh. So kena topup, mujurlah banker bagi tahu. Sebab saya pun baru tahu ingatkan semua insurance akan cover penuh, tak kesahlah client umur berapa sekali pun.
Saya uruskan kes ni rasanya dalam tahun 2020 rasanya, tapi dalam tahun lepas 2022 ada MakCik ni yang tanya saya, kenapa suami dia mati, tapi insurance tak cover penuh, so dia kena topup hutang yang tinggal.
Masa ni saya faham dah, pembeli main sign ja letter offer, dan mungkin juga agent tak bagi tahu awal awal. Sebenarnya, bukanlah masalah besar sangat, cuma bila kita tahu, atleast dah ada bendalah nak buat.
DSSD, Kulim Perdana, Kulim Hi Tech
Antara kes yang paling menghayat hati. Lebih 10 kali juga saya bawa pembeli tengok rumah ni, ulang alik pejabat JPPH kulim pun 2 3 kali juga. Lambat nak close sebab masa ni saya baru lagi. Saya macam memanjakan pembeli sangat.
Harga pun boleh tahan juga, antara unit yang paling tinggi di KTC, sebab Double Storey Semi D. Tapi alhamdullilah, dapat juga saya pembeli dan lulus LPPSA dia, lega sangat. Sebab takut value tak sampai. Sekali owner cancel. Jahanam. Sebab ada agent chinese yang offer harga jualan lagi tinggi. Adumak, dah la pembeli yang beli drpd sy ni sy follow dan kenal dia sejak 2 tahun yang sudah. Penat je la, kita jaga buyer. Masa ni saya baru lagi, so saya malas ambik port sangat, kalau kena lagi ini kat saya memang saya samanlah owner ni. Sebab mungkir janji.
DSSD Laman Kuda, Alor Setar
Ada satu chinese yang beli, dia buat loan 85% sahaja. Interest dia cantik, sebab memang ada investment dan rekod baik dengan CIMB. Dia beli, sebab dia bosan duduk dengan family, nak privasi katanya. haha.
Saya uruskan kes ni sampai register bil api, air, cukai pintu, cukai tanah dan indah water pembeli. Sebab dia tak sempat nak buat. Saya pun masa tu baru nak belajar belajar juga macam mana nak buka akaun uruskan semua. Alhamdullillah selesai. Harap abang chinese ni contact saya lagi untuk jual rumah dia di Penang, sebab ada banyak rumah lain buat investment.
Double Storey Tmn Ilmu, Nibong Tebal
Taman ni memang antara taman yang paling laju dan senang nak jual di Nibong Tebal. Ada unit sahaja mesti boleh jual punya. Sebab permintaan sangat tinggi.
Dalam tengah rebut rebut ramai ramai, alhamdullillah dapat juga kat saya kes ni. Buyer pun profile kewangannya strong, proses jalan dengan mudah.
Flat Blok 330, Bukit Gambir Penang
Saya sendiri tak sangka rumah ni boleh jual. Sebab memang rumah ni teruk yang amat. Design lama, bocor, lif sebelah rosak. Memang teruk, tapi kalau memang buat untuk sewa memang terbaik.
Sebab kalau repair elok, memang permintaan sewa tinggi. Sebab dekat USM. Syukur, owner pun tak jual tinggi, below market value yang agak besar juga.
Flat Jln Mad Saad, Butterworth
Rumah ni adalah rumah bapak kepada kakak yang saya jualkan rumah dia di Flat Blok 330. Memang family ni suka rumah atas kot.
Diceritakan, bapak kakak ni dulu ada dapat pilihan dari kerajaan, sama ada nak beli rumah di Bagan ni atau dalam Pulau. Masa tu, semuanya hutan lagi, cuma ni sahaja tiba tiba ada sebiji. Rumah ni saya uruskan, antara kes yang paling lama juga, sebab ada 3 jenis consent. Mujur lawyer yang uruskan kes ni memang reti uruskan kes gini.
Kenapa sampai 3 jenis consent? Pertama, sebab alamat rumah dengan alamat di Majlis tak sama, memang rumah lama lama ada masalah ini. Dan rumah ni rasanya dekat 45 tahun juga. Kedua, consent pasal nama geran masih lagi developer sebab owner tak tukar strata sendiri awal awal dulu. Duk buat diam ja, lastnya ada problem masa nak jual. Consent ketiga, sebab hal SUK. Ini yang paling melambatkan.
Teres Corner Lot, Residensi Perlis
Ini rumah Prima, kalau nak diikutkan rumah Prima ni tak boleh jual dalam tempoh 10 tahun. Tapi mujur projek ni boleh jual terus, dan owner memang tak penah masuk pun rasanya. Dapat kunci, terus nak jual.
Uruskan kes ni seronok, sebab pembeli dengar cakap saya. haha. Dia pun bagus, sebab muda lagi tapi dah pandai jaga kewangan, duit deposit semua ada, yang membuatkan loan berjalan lancar juga, walaupun ada sedikit masalah dipertengahan sebab dia pergi setel loan kereta sampai habis.
Dia cakap kat saya, dia nak duk rumah ni dalam 10 tahun sahaja, nanti nak jual balik. Harap dia cari balik saya nanti. Haha
Condo G Residence, Alor Setar
Saya jual dua unit condo di Alor Setar ni. Dua dua kes sebabkan pembeli nak buat homestay. Moga investment client saya dua dua ni berjaya.
Kalau nak buat investment untuk homestay mesti kena hati hati ya, banyak benda kena cek dulu sebelum buat belian. Sebab takut takut dah beli, tapi tak boleh pula buat. Saya punyalah nak close unit, sampai subscribe produk sifu hartanah untuk tips bina homestay. Alhamdullillah inputnya menarik.
Semi D Kelisa Ria, Sungai Petani
Rumah ni berharga 385K. Saya sendiri tak sangka boleh jual. Sebab rumah cecah dekat 400K di Sungai Petani ni berlambak, tapi tak sangka menjadi rezeki juga. Alhamdullillah.
Double Storey Tasek Gelugor
Cantik rumah ni, kes yang tengah proses sekarang. Sepatutnya lagi seminggu akan tahu result LPPSA. Harap lulus dengan cemerlang juga. Owner dah pindah ke German. Tu sebab dia jual rumah ni.
Tanah Dusun, Karangan
Gambar ini adalah hiasan sahaja. Untuk kes ni tanah dusun, saya lupa dah size berapa. Rasanya dalam 3 or 4 relung. Tapi ada 6 nama.
Ceritanya, nak jual untuk 1 bahagian sahaja daripada 6 nama ni, dan pecahkan pula geran ini yang pembeli tadi kepada geran individu. Leceh juga prosesnya, saya tanya dulu jurukur semua dulu. Memang boleh pecah dan buat geran individu, cuma proses lambat sebab nak masuk exco semua. 1 tahun lebih juga.
Sekarang ni, tanah ni sudah ada pembeli, dan tengah minta sign semua pemilik untuk sign. Harap selesailah ya kes ni secepat mungkin. Saya saje ambil sebab nak belajar juga sebenarnya ni. Sebab tak pernah buat, sekrang dah buat, tau dah la peritnya.
Terus terang cakap, tanah ni saya tak suka jual, sebab broker sibuk macam depa ja reti semua. So saya lebih berminat untuk anda minta saya untuk uruskan hal jual beli rumah, boleh jadi pemilik yang nak saya uruskan jual rumah anda.
Ataupun pembeli, yang percaya akan service saya untuk saya wakilkan jualan rumah anda. InsyaAllah kita setel sampai selesai. Dan pastikan hak pembeli dan penjual terbela. Sebab kita pun nak sama sama kes selesai!!
Begitulah serba sedikit, ikutkan ada kes lain. Ada yang saya ambil, ada yang saya tak. Antaranya kes owner di Kubang Semang nak jual rumah sebab percentage pecahan komitmen di payslipnya dah terlampau rendah. Setel dah ni.
Ada juga, owner rumah di Jitra nak jual, tapi saya tak ambil sebab ada benda. Malas saya, ada juga kes rumah di Sungai Petani, yang owner nak hilangkan komitmen bayar bulan bulan pun ada.
Ada juga kes yang suami isteri dah cerai, tapi rumah pasangan ni kiri kanan sebelah sebelah, masalahnya dinding tengah tengah dah dipecahkan, kiranya dua rumah ni dah bersambung, dan si Kakak nak jual yang bahagian dia.
Bolehlah nak jual, tapi kena tutup dulu dinding. begitulah ceritanya pengalaman saya serba sedikit. JIKA ANDA PERCAYAKAN SAYA, BOLEH CONTACT GUNA LINK WHATSAPP DIBAWAH. WHATSAPP SHJ, JANGAN CALL. MALAS NAK ANGKAT!!