Jadi saya adalah agent hartanah, mula mula saya buat secara part time. Tapi sekarang saya dah cuba testing nak buat full time pula.
Saya bekerja sebagai agent di bawah Agency IW Properties. Baru lagi sebenarnya, saya register bulan 9 2018. Dan mula aktif buat promosi segala bulan 10 2018 gitu.
Baru dalam 1 tahun lah kira.
IW Properties ada 9 cawangan buat masa sekarang
- Bertam – saya di sini
- Alor Setar
- Johor
- Sabah
- Shah Alam
- Putrajaya
Dan ada ada lagi beberapa yang lain, saya lupa dah cawangan nya. Total agency hampir 1000 orang. Dan lebih dari 95% adalah melayu. Mungkin 98%.
Kenapa saya jual rumah? Sebab saya memang minat jual jual ni. Saya pun lebih suka buat duit melalui mulut, melalui percakapan. Bukan duk ngadap mesin 12 jam. Dan saya suka bila berjumpa dan kenal kenal dengan orang.
Sebenarnya, dulu lagi dalam tahun 2013 gitu saya dah cuba cuba cari agency hartanah untuk join. Tapi x ada rezeki. Sekarang ni, alhamdullillah. Mungkin rezeki saya di sini.
Dan dapat pula IW Properties yang tak hanya mengharapkan rumah 2nd atau subsale sahaja. sebab kami juga ada projek projek rumah baru yang terlibat dengan jualan. Anda boleh cuba tengok page listing saya, yang banyak juga projek undercon dan juga subsale.
Baik lah, itu sahaja. anda boleh baca About Me page pula, saya ada cerita lebih detail lagi dengan servis yang saya buat.