Pabila Dapat Lawyer Yang Macam *^$$##$%

Sepanjang hampir 4 tahun saya jadi agent. Saya ada pengalaman 2 kali pengalaman lawyer yang buat kerja macam taik.

Dua lawyer ya, maksudnya beberapa kes juga saya kena hadap dengan lawyer 2 ekor ni.

Memang naya.

Paling teruk kes di Perlis, sampai saya terpaksa bayar 8 ribu lebih kepada pembeli. Sebab dia sudah book 3.18%, tapi kes tak boleh nak proceed. Ikutkan, bukan salah saya. Sebab macam ada problem sikit dekat geran, dan lawyer terus confirm memang boleh jual pada cina. Saya pun jual-lah.

Sekali tak boleh, dengan agency pun buat tak tahu, leader pun buat senyap, buyer duk tanya tanya macam mana duit 8 ribu dia. Dengan covid lagi, nak tak nak, saya terpaksa bayar juga 8 ribu tu.

Terpaksalah..

Estimate Proses Jual Beli Rumah

Saya pernah sembang dengan satu owner, yang kes dia sebelum ni pernah selesai dalam masa 3 bulan sahaja. Dan dia macam berbangga sebab dapat selesaikan kes cepat.

Dia cakap, setiap hari dia follow up.

Untuk saya sendiri, sememangnya saya tak boleh nak follow up sampai setiap hari. itu sebenarnya kerja gila. Dan sememangnya tak adil untuk lawyer yang dah pasti ada juga ambil beberapa kes yang lain.

So untuk saya, estimate time kalau bank saya akan bagi lawyer dalam 4 hingga 6 bulan.

Dan kalau loan gov, urusan dalam 6 hingga 8 bulan.

Kadang mungkin akan lebih lama lagi, sebab ia sangat bergantung kepada jenis geran rumah tersebut. So kita tak boleh nak pukul rata, dan rasa semua rumah ni kononnya cara buatnya sama dan tempohnya pun sama.

Tambah lagi, urusan jual beli rumah ni bukannya melibatkan lawyer sahaja, ada juga pihak lain terutamanya agency kerajaan yang dah pasti akan ambil masa dan turn juga.

Oh ya, dan juga bank. Bank pun tengok juga bank apa, CIMB speednya lain, Maybank lain, Bank Rakyat lain. Kalau Ambank pun lain. Baru ni, BSN pun boleh tahan juga slownya. Bank Islam macam laju.

So kalau anda nak jual rumah, dan confirm nak setel dalam 3 bulan, kalau sanggup bayar lawyer 50 ribu mungkin dia akan tolong buat. Sebab sebagai owner pun kos dalam RM 2000 sahaja.

Pendek kata, kalau kita nak maki hamun lawyer pun, mesti dalam keadaan yang sesuai. dan tempoh yang sesuai. Bukannya membuta tuli.

Cara Yang Betul Follow Up

Untuk saya, kalau anda nak follow up kes lawyer buat kerja, yang pertama adalah tempoh tadi:

  • 4 hingga 6 bulan untuk bank
  • 6 hingga 8 bulan untuk LPPSA

Ada ja kes yang lebih awal sebenarnya. Cuma saya tak nak kita terlampau bagi harapan yang tinggi, sebab macam tadi, setiap geran itu lain, dan akan lain juga cara kerjanya.

So, cara betul follow up, ialah anda pastikan kalau nak bertanya pun mesti dalam tempoh 4 hingga 8 bulan ni. Atau kalau lantik saya jadi agent, tunggu sahaja saya akan followup sendiri dengan lawyer.

Jangan baru sign snp hari ni, minggu depan dah tanya doc di mana. itu tak masuk akal.

System Lawyer Yg Bagus

Yang terbaik adalah system lawyer yang ada ditunjukkan progress step jual beli rumah kita tu di mana.

Seperti contoh yang dibawah ini.

Keratan di tengah tu saya potong ya. Sebab panjang sangat. Sesetengah lawyer, memang ada bagi progress macam ni. Jadi lebih mudah nak follow up dan faham.

Sebab kita sebagai pembeli dan penjual pun tahu, bukannya kita nak tahu step itu detail sangat, tapi lebih kepada nak tahu step kita dah sampai mana. Ikut kepada 10 proses jual beli rumah yang saya kongsi ni.

Selain daripada tu, ada juga lawyer yang buat group khas untuk kita tengok status dan tanya apa2. So ini pun memudahkan juga.

Dalam rekod saya, alhamdullilah. Saya ada beberapa lawyer yang memang saya rasa kredibilitnya terbaik dan tak songlap duit.

Antara bagi saya lawyer yang bgus ialah:

  1. Mohdanuar.co di Sungai Petani
  2. Sharifah Taqiah and Partners di Alor Setar
  3. Ram Reza di Perai, Penang
  4. Sabri n Co dri Sungai Petani pun boleh juga
  5. Auni Shifa – yang ni saya tengah guna sekarang, rajin betul update. haha
  6. EzriLaw di Perai – yang ini saya tak pernah guna, tapi saya sukalah dia ni.

Jangan terkejut kalau memang ada lawyer yang buat hal, paling teruk kalau kes songlap duit.

Tak pernah kena, mmg tak percaya, tapi kalau dah pernah kena, memang confirm akan cari saya punya.

Sepanjang saya berblogging ni, ramai yang mengadu sebenarnya, ada kes satu kes di Kulim, di KL ada satu orang cikgu kena juga.

Maaf cakap, memang saya tak boleh buat apa apa, sekadar dengar dan nasihat jelah apa yang patut. Ceritanya anda sudah terkena juga.

Itu sebab, penting untuk cari lawyer yang bagus. Kes saya yang kena dengan dua lawyer shit di atas tu memang saya terpaksa hadap.

Saya pun hanya boleh minta maaf je la dengan pembeli dan penjual. Harap saya tak ada lagi dapat lawyer yang macam tu. InsyaAllah tak kot, sebab saya hanya gunakan lawyer yang saya biasa hantar sahaja. Cuma mungkin akan ada sekali dua kes yang saya akan testing lawyer firm yang lain, ikut kepada kawasan rumah yang saya jual.

Itu sahaja.

Untuk senarai lawyer yang saya cakapkan tu, anda boleh contact saya untuk berurusan. Saya akan submit wakil kepada kes rumah anda. Boleh jadi untuk penjual atau pembeli yang nak saya uruskan.

Kiranya, saya akan datang jumpa anda dulu, anda boleh tanya saya apa sahaja soalan, insyaAllah saya boleh jawab. Andai kata loan masih lagi tak proceed saya akan tolong submit juga.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sharifah
Sharifah
1 year ago

Hi Tuan!

Saya Sharifah dari Sharifah Taqiah & Partners.

Terima kasih kerana menyenaraikan kami sebagai antara peguam yang bagus di kawasan utara.

Pejabat kami di negeri yang terpaling kecil di Malaysia – Kangar, Perlis.

Semoga kuta dapat berurusan lagi di kemudian hari.

Suria Din & Associates
Suria Din & Associates
10 months ago

Salam Encik Shafizzan,
Kami firma guaman yang menumpukan kes conveyancing di Sungai Petani. Firma guaman kami adalah panel LPPSA, Maybank, Agrobank dan lain-lain.

InsyaAllah, ada rezeki kita boleh bekerjasama dalam urusan jual beli hartanah nanti.

Semoga Encik Shafizzan dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.