Cara Buka Akaun TNB / Elektrik / Air / Sada

Sebaik sahaja anda dapat kunci ( di step 10 process jual beli rumah), lawyer hanya tukarkan nama dalam geran di pejabat tanah sahaja. Untuk bil api, air semua, anda kena uruskan sendiri dan bertanggungjawab untuk tukar nama secepat mungkin. Sebab kalau tak tukar, nanti akan jadi masalah pada penjual, atau owner rumah yang lama.

Dan apa yang kita nak kongsikan disini, bukan Bil TNB sahaja. Tapi juga ada tiga yang lain.

  1. bil tnb
  2. SADA untuk kami di Kedah, atau bil air
  3. nama dalam cukai pintu dan tanah
  4. dan terakhir indah water

Sebelum saya kongsikan 4 tempat di atas saya nak jelaskan juga, pemilik rumah asal diharapkan untuk tidak tutup akaun anda lagi. Biar kes selesai dahulu, sampai ke peringkat pembeli dapat kunci.

Dan bila pembeli dah dapat kunci, bagi dia dalam sebulan macam tu untuk register elektrik dan air, baru anda tutup akaun api dan air untuk dapatkan duit cagaran yang dulu.

Kenapa Macam Ni?

Sebenarnya, boleh sahaja selepas kita serahkan kunci pada pemilik rumah baru, anda terus cepat cepat tutup akaun. Tindakan ini sah. Tiada masalah dengan undang undang.

Cuma kalau anda tutup, selepas pembeli register lagi bagus, sebab hanya tukar nama dalam sistem sahaja. Kalau pemilik rumah tutup dulu, nanti tnb pun dah cabut power source dengan meter air, lagi satu cerita pula pembeli nak tunggu untuk tnb datang dan letak power source dengan pegawai dari SADA ( contoh syarikat air kalau di Kedah ) untuk letak meter.

So, biar pembeli rumah buka akaun dahulu, baru anda sebagai pemilik rumah asal tutup akaun.

Kenapa Lawyer Tak Register Sekali 4 Benda ni?

Jawapannya, sebab ada duit cagaran. Cagaran ni maksudnya, masa buka akaun TNB dan air nanti nanti, mereka akan minta duit macam pendahuluan. Contoh macam saya ada buatkan untuk client saya sebelum ni, rumah double storey semi D di Kedah, cagaran bil api dalam RM 750.

Bil air pun sama, tapi tak sebanyak bil api. Bil air dalam RM 100.

Kos cagaran untuk TNB ikut pada jenis rumah dan location rasanya, tapi kalau air, macam standard sahaja setiap rumah RM 100.

So itu dia ya, sebab ada cagaran, nanti lawyer kalau dah charge duit anda duit cagaran, mesti akan charge upah dan transport lagi untuk runner lawyer buat.

So, lebih baik anda buat sendiri supaya boleh alert akan kos kos sampingan bila dah memiliki rumah ini.

Kalau tidak, nanti anda tak tahu pula cukai pintu yang dah melambung tak bayar.

Apa barang yang perlu dibawa?

  1. copy snp
  2. geran,
  3. iC berwarna ( depan belakang )

Pastikan juga ada banyak copy, mungkin dalam 4. Sebab setiap agency yang kita nak buka akaun nanti akan minta copy document, sama ada geran atau snp.

Sekarang ni, kita pergi kepada setiap 4 perkara tadi, satu persatu, macam mana nak buka akaun. Mudah sahaja. Tak sampai setengah hari anda dah boleh siap sebenarnya, kalau tak orang.

Bil TNB – Tenaga Nasional Berhad

Untuk tukar nama pemilik TNB ini mudah sahaja. Anda hanya perlu bawa 3 perkara ini sahaja.

  1. photostat berwarna IC depan belakang – 2 copy berpalang
  2. copy snp
  3. copy geran

photostat IC tu jangan lupa palangkan, dan tulis TNB Only.

Pegawai TNB itu juga mungkin akan minta anda install application MyTNB untuk monitor progress tukar nama.

Kos? anda perlu bayar cagaran. Banyak juga kos ni, macam saya cerita di atas tadi kalau double storey semi D saya buat di Alor Setar dalam RM 715. Kalau semi D di Sungai Petani ada satu kes client saya buat ialah RM 512.

Kalau rumah teres, mungkin dalam 300 lebih.

Dan selepas selesai, baru pemilik rumah asal boleh tutup akaun. Dan dapatkan wang cagaran anda dahulu.

Sila bawa IC dan no akaun bank dan no telefon.

Atau pun, pemilik rumah baru yang kalau nak tolong tutupkan akaun penjual pun boleh. Mudah sahaja, guna satu borang sahaja minta dengan pegawai sana. Isikan nama penuh penjual, akaun bank dia untuk tnb transfer duit cagaran dan no telefon owner rumah lama.

Selesai untuk TNB

Bil Air – SADA kalau di Kedah

Yang ini leceh sikit. Duit cagaran, latest saya buat 2021 sebanyak RM 100. Yang ini kalau dengan SADA di Kedah, anda kena pergi ke SADA dulu, lepas tu dapatkan borang yang berkenaan, kena beli ya.

Lepas tu, anda kena dapatkan setem hasil pula di pejabat bos. Dan datang semula ke pejabat SADA beserta borang yang telah disini.

Cukai Tanah dan Cukai Pintu

Untuk cukai pintu dan tanah ni lagi memang mudah tahap dewa. Dan owner tak perlu datang lain untuk tutup akaun. Bila pembeli dah buka akaun, akaun lama penjual akan automatik close dan replace gitu.

Anda kena buka akaun di pejabat tanah untuk Cukai Pintu dahulu, baru pergi buat cukai pintu ya.

Indah Water

Yang ni pun proses macam buka akaun cukai pintu dan tanah juga. Kalau tiada orang menunggu, anda masuk ke kaunter tu tak sampai 5 minit dah keluar.

Ikutkan, semua ni boleh setel satu hari. Anda pergi ke UTC sahaja. Tapi time saya buat hari tu, 2 3 hari juga saya berulang ke rumah. Sebab first time buat untuk satu orang customer saya ni.

Saya pun sebenarnya, bukan buat untuk semua client saya. Macam saya cakap tadi, elok anda buat sendiri supaya anda alert akan kos kos bila sudah memiliki rumah ni. Dan memang ambil masa tak lama pun kalau nak buat ni.

Peringatan

Pastikan anda tukar nama cepat cepat ya, selepas dapat kunci rumah. Saya dah ada satu kes yang pejabat indah water contact balik owner sebab tak selesaikan hutang indah water.

Lastnya, Indah Water contact bagi tahu, baik setel cepat sebelum nama jadi ctos.

Macam mana owner nak bayar bila rumah tu bukan milik dia lagi kan!! So pembeli kena tukar cepat cepat.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments