Shaffizan, si agent hartanah
Saya cover area dari SP, Penang, sampai ke Ipoh sahaja.
Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera. Nama saya Syed Shaffizan. Sedar tak sedar tahun 2024 ni, adalah tahun ke 6 saya jadi agent hartanah.
Dah macam macam kes juga saya uruskan. Ada yang nak jual rumah sebab dapat kerja tempat jauh, nak jual sebab nak upgrade ke yang lebih besar, nak jual rumah untuk mudahkan kes faraid nanti bila dah tak ada, nak jual rumah sebab komitmen LPPSA dah tinggi, nak jual rumah cepat cepat sebab adik tak nak bayar installment sekali dengan kakak pun ada.
Memang macam mcam kes, ibarat setiap rumah pasti akan ada ceritanya.
Sebelum tu, nak minta tolong subscribe Youtube Channel Shaffizan Property saya boleh dak?
Baru nak mula!!
Antara SERVICES yang saya tawarkan!
Cara menguruskan hal ehwal hartanah ni boleh jadi pelbagai, saya dah bahagikannya dibawah ikut kepada kes yang selalu saya ditanya sebelum ni.
-
Uruskan Proses Jual Beli Rumah 3.24%
Saya datang terangkan semua dan bila dah setuju, anda datang sign sahaja, semua saya uruskan. Lawyer pun boleh datang dekat kalau nak, atau nak sign di office lawyer pun boleh. [ tapi bil api dan air kena buka dan tutup sendiri]
-
Khidmat Guaman Hartanah FREE
Lawyer saya adalah lawyer yang proven, saya pun dah guna service lawyer saya ni sejak dari awal saya jadi agent hartanah lagi. Saya ada 4 firm lawyer yang TERBAIK.
-
Semak Kelayakan Pinjaman FREE
Saya boleh kirakan loan bank dan LPPSA juga. Dan beri cadangan bank mana yang sesuai. Untuk LPPSA agent saya ada dua agent yang saya biasa submit.
-
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri! FREE
Untuk sekarang area dari Ipoh > Taiping > Kamunting > Bagan Serai sahaja. Boleh guna LPPSA juga sebab contractor yang saya deal adalah CIDB certified.
-
Refinance 1%
Refinance? Bagi saya kira dulu anda lepas loan berapa dan kita check juga berapa market value rumah anda sekarang.
-
Pelaburan Hartanah FREE
Nak buat investment? Saya boleh cadangkan beberapa unit yang sesuai untuk anda. Subsale dan juga Undercon.
my testimonial
Orang kata, kalau nak yakinkan orang yang kita ni boleh uruskan dengan baik, kena letak testimoni. Jadi inilah dia-nya.4 sahaja yang sempat saya jumpa balik. Yang lain dah terdelete sebab biasanya tq tq ni dalam group yang lawyer create masa nak serah kunci. Dan bila kes dah selesai, group tu pun padam sekali. Silap saya tak simpan.
QnA Untuk Penjual
BETUL!! Lawyer yang saya kenal memang flexible. Dia boleh datang dekat, cuma sebagai owner nanti bila kes dah selesai anda kena tutup bil elektrik dan bil air sendiri. Sebab saya dah pergi dah kes sebelum ni untuk tutupkan, tapi tak dibenarkan wakil.
Seeloknya macam tulah, lebih mudah saya untuk bawa pembeli. Jangan bimbang dengan keselamatan rumah dan perabot anda, memang dah jadi tanggungjawab saya sebab saya dah pegang kunci. Kalau rumput naik saya akan clearkan.
TIDAK, tak perlu. Bayaran kos agency hanya dipotong sekiranya rumah berjaya dijual sahaja, itupun akan tolak daripada nilai keuntungan akhir proses.
Kalau memang baru pertama kali jual, boleh skip dulu sekali. Kalau pernah jual sebelum ni, saya boleh kirakan.
QnA Untuk Pembeli
Kalau memang dah layak OK ja. Mesti rumah bawah 500K, income bawah 10K dan mesti rumah pertama. Tapi package ini juga tengok kepada kuota.
Kalau bank, dalam 4 – 5 bulan, kalau LPPSA dalam 6 bulan, selebihnya bergantung kepada consent dalam geran atau jika ada sekatan lain.
Boleh, saya ada dua agent LPPSA yang saya deal agak lama juga. Satu di Kedah, satu lagi di Perak.
Stamp Duty untuk pembeli rumah pertama dah rumah yang tak lebih 500K sahaja, kalau memang layak, memang akan dapat!
Dah subsrcibe Youtube Channel Shaffizan Property saya?
Nak kena target 2000 secepat mungkin ni.
Saya boleh kata, saya bukanlah agent yang terbaik, tapi saya dibarisi oleh orang yang terbaik. Kalau tak ada banker yang laju, kalau tiada lawyer yang komited, memang susah juga mana mana agent nak bagi servis yang sempurna.
Jika anda ada rumah yang nak dijual atau nak cari dikawasan utara, boleh whatsapp saya dibawah. Saya akan uruskan sampai setel, tiada charge tersembunyi. WASAP WASAP !!